Tentang Sweetest Rose
Sweetest Rose Enterprise merupakan sebuah perniagaan homebaker yang menyediakan pelbagai jenis kek dan dessert seperti brownies, mini burnt cheesecake, cupcake, kek birthday dan dessert box. Kami memberi fokus kepada kualiti rasa, design yang menarik serta kepuasan pelanggan.
Sejarah Perniagaan
Sweetest Rose Enterprise mula beroperasi pada 22 Julai 2025 sebagai homebaker kecil-kecilan di kawasan Paloh, Johor. Bermula dari hobi membakar dan minat mendalam terhadap dunia pastri, perniagaan ini berkembang dengan sokongan keluarga dan pelanggan setia. Pada 3 Ogos 2025, perniagaan ini didaftarkan secara rasmi dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebagai perniagaan pemilikan tunggal.
Visi
Menjadi jenama homebaker pilihan yang dikenali dengan dessert berkualiti tinggi, menarik dari segi persembahan dan mampu memberi kegembiraan kepada setiap pelanggan.
Misi
- Menyediakan kek dan dessert yang sedap, berkualiti serta menggunakan bahan yang terbaik.
- Memberikan servis yang mesra, cepat dan memuaskan kepada pelanggan.
- Menghasilkan design dessert yang cantik, kreatif dan sesuai untuk setiap majlis.
- Mengembangkan perniagaan Sweetest Rose Enterprise ke pasaran yang lebih luas melalui platform digital dan media sosial.
Objektif
- Menyediakan kek dan dessert yang berkualiti tinggi dari segi rasa, tekstur dan persembahan.
- Menjadi homebaker pilihan utama bagi tempahan kek birthday, wedding, hantaran dan dessert box di Paloh, Kluang dan sekitarnya.
- Meningkatkan jumlah tempahan bulanan menerusi platform digital seperti website, Instagram, TikTok dan WhatsApp Business.
- Memberikan perkhidmatan pelanggan yang mesra, profesional dan responsif pada setiap tempahan.
- Menawarkan harga yang berpatutan dan mesra poket tanpa menjejaskan kualiti produk.
- Memperluaskan kepelbagaian produk seperti flower cake, bento set, cheesecake dan brownies tower mengikut trend semasa.
- Membina jenama Sweetest Rose Enterprise yang dikenali, dipercayai dan diingati oleh pelanggan.
- Menyokong ekonomi tempatan dengan menggunakan bahan-bahan berkualiti dan halal dari pembekal yang dipercayai.
“Find Your Sweetest One” — setiap dessert kami direka untuk memberi kemanisan dan kenangan istimewa.
